Saturday 10 November 2012


PERMATA 5


Maha suci Allah..



Alhamdulillah bersyukur pada Allah swt Lyiana dah selesai meghadapi peperiksaan final untuk tahun 2 semester 1. usaha dan tawakal hanya pada Mu ya Allah..
nak dijadikan cerita pagi tadi lyiana dengar suatu siaran radio. Ustazah saya tu kata kalau nak dapat pasangan baik yang mengikut ciri2 yang kita nak, kita perlu doa secara spesifik dengan Allah mengenai keperibadian dia. contohnya, Ya Allah kau kurniakan lah aku seorang suami yang soleh, beriman, penyabar denganku, keluaragaku dan bakal zuriatku, and so on..  sebaik-baiknya kita doa dalam hati masa sujud yang terakhir semasa solat. tapi jangan lafazkan ye kawan-kawan. hanya niat di dalam hati. nanti terbatal pulak solat tu.. one more, sebelum keluar rumah untuk ke mana2 doa lah pada Allah " Ya Allah jika aku keluar pada kali ini, aku bertemu dengan jodohku maka kau permudahkanlah segala urusanku."insyaAllah.. percayalah pada kekuatan doa.
ohh ye ada lagi satu. kita listkan semua characteristic pasangan yang kita mahukan dari Allah di atas sekeping kertas. listkan semuaaa..  tujuanya adalah untuk diri kita sendiri berusaha menjadi sebagaimana peribadi pasangan kita. kerana Allah akan memperkenankan seseorang yang baik untuk seseorang yang baik juga. so, jadilah dahulu seorang yang baik. InsyaAllah.

contohnya: Aku nak seorang suami yang.

1. beriman
2. sayangkan keluarganya
3. sayangkan aku dan anak-anak
4. bersabar
5. matang dalam menyelesaikan masalah
6. tidak pernah buruk sangka
7. tak ego
8. berani
9. pandai memasak
10. tidak cerewet
11. tidak merokok
12. memahami kerjayaku
13. akan menghabiskan weekend bersama
14. kesetiaan pada isteri
15. tidak pernah menipu
16. akan berkongsi masalah dan suka duka
17. menjadikan aku dan anak-anak sbgai sumber inspirasi
20. boleh menjadi imam
21. akan menyayangi kedua ibu bapaku seperti ibubapanya sendiri
22. menyukai masakanku
23. pandai bergurau, mengambil hati dan memuji
24. akan membenarkanku keluar untuk mencari ilmu
25. berlemah lembut dalam percakapan dan perbuatan
26. mendidik anak dengan cara islam
27. mempinku ke jalan yg benar
28. boleh mengajarku membaca al-Quran
30. pandai menjaga kebersihan dan kekemasan diri
31. berpada-pada dalam berhias
32. mengamalkan sunah-sunah Rasulullah.

kat atas ni bakal suami Nur Lyiana Binti Mibashar. Amin. InsyaAllah.