Saturday 13 October 2012


PERMATA 4


Raise Me Up! =)



Assalamualaikum. sekarang dah pukul 12.30 midnight. tapi lyiana malas nak tido. dera mata sekejap menghadap lappy ni. hmm lately ni lyiana tak tahu kenapa lah kepala lyiana ni berserabut sangat. kenapa ya??? harap2 Lyiana kuat! InsyaAllah... untuk kurangkan keserabutan yg memlanda dan membenak di kepala dan hotak saya ni pagi tadi lyiana keluar dgn kawan-kawan. bila keluar dari dunia kolej tadi rasa macam best gilaaa. malas dah nak balik kolej. tapi memang wajib punn balik. hukhuk. :'(

lyiana,diyana,tikah and farah sakan menghabiskan duit yg ada kat ATM tuu and sibuk mengempiskan dompet masing-masing. haha. setiap minggu beratus habis. entah apa laa yang dibeli. eh Lyiana awak ingat awak tu anak dato menteri  ke? =..='   aiiyooo bukan mauu boros maa tapi barang kat terengganu mahal kott. hewhew ;P



Kami membela  kolestrol di  Resipi Rahsia. =D







saya makan ni. indulgeous chocolate and Americant white coffee. =D











Walnut brownies with vanila icecream =)







     muka bahagiaa je minah ni. hehe ;P








   kawan-kawan yang buat saya bahagia ='D


                                ATIKAH:  tikah boolat =)






                                    DIYANA: Dee dee cantik =)





                                      FARAHIN: Rara comell =)





              Ni saya Lyiana: yana cute ;p hihhi #perashan lah. *tutup muka*
















lepas makan resipi rahsia tetiba rasa nak makan makanan orang melayu pulak. so singgah lah kejap makan nasi ayam Terengganu ni. =) kenyang sampai sekarang kott. hehe =D







balik tu kitorang sempat beli stiker untuk buat wallpaper kat dinding bilik dan inilah hasilnyaa.heee comel tak wall bilik kita. =D








kami beli kek untuk hari jadi Fida Lala jugak. tadi pukul 9 malam celebrate ramai-ramai makan  dengan tomyam lah roti canai lah. arghh gemokk gemokk macam ni. huu :'(








Sekian.... sekarang sudah pukul 2.20 am. =) Bye-bye teletubies comel. saya nak tidur... =))







































Wednesday 10 October 2012


PERMATA 3


Tiada kesedihan, Tiada kemanisan








saya tak tahu dah nak buat apa sekarang. Stressnya tuhan saja yang tahu. Ya Allah aku mohon kau tabahkan lah diri ini. Hanya Engkau yang tahu setiap apa yang berlaku pada diriku. Maka kau aturkan lah jalan yang terbaik Ya Allah. aku mohon...


Kadang-kadang rasa sedih jugak. tapi Allah kan ada. tak sepatutnya kita merungut kan. apa yang berlaku dalam hidup ni mesti ada hikmahnya. think positif Lyiana!  Ya Rahman  kau jauhkan lah aku daripada hasutan syaitan yang sering menggodaku menjadi takbur kepadamu. Kau tundukkanlah hawa nafsuku supaya tidak melebihi akal fikiranku. Aku hambamu yang lemah. Maka kau bantulah aku. Aku sangat memerlukan bantuanMu. 


Semoga saya dapat buat yang terbaik untuk final exam semester 3 ni. Lyiana ingat pesan-pesan ayah,mama tau. biarlah apa oang nak buat dekat kita asalkan kita tahu kita ditempat yang betul. 
"hati-hati dengan doa orang yang teraniaya"
semoga hari yang cerah akan tiba suatu hari nanti. InsyaAllah.




~SELAMAT MALAM~














Wednesday 3 October 2012


  PERMATA 2


  BIDADARI SYURGA MU....






Ya Allah, Ya Tuhan. yang maha penyayang lagi maha Pengasih.

Engkau yang mengetahui segala yang ghaib mahupun yang nyata.

Sesungguhnya Engkaulah yang dapat memberi petunjuk kepada sesiapa

 sahaja yang dikehendaki.

Maka berikanlah kami kelebihan itu untuk kesejahteraan kami di dunia dan

 akhirat. Amin...





Assalamualaikum semua =) Lyiana doakan semua sihat sihat belake ye. 
InsyaAllah.. Semua makhluk Allah yang namanya manusia ni pasti ada cita-cita dan impian kan kan? hehe. sama ada impian tu mustahil atau tak bergantung pada usaha dan ketabahan diri kita untuk mencapainya. betui dak? ^^ 


Impian Lyiana cukup besar dan tinggi. Emm emm banyak sebenarnya impian saya ni. tapi takkan nak cerita semuaaa kan. nanti banyak pulak membebelnya. kihkih. =) I have a dream... a song to sing.. to have me cope.. with anything... if you see the wonder... wahhh lyiana nyanyilah..hee =) 
well semua wanita mengimpikan sebuah kisah cinta seperti Adam & Hawa.
Bukan sebab jiwang okay. tapi sebab cinta mereka yang setia.
Mereka di syurga bersama dan ditemukan semula di dunia bersama-sama. =)







"sebaik baik isteri adalah yang bila kamu melihatnya, kamu akan terhibur, jika kamu menyuruhnya dia akan menurut, jika kamu bersumpah melakukan sesuatu maka dipenuhi dengan baik dan jika kamu pergi, dia akan menjaga dirinya dan harta benda mu". ( HR Naisa ra)



ini adalah ciriciri wanita dan isteri solehah. Menurut pemerhatian saya.. cehhh.... =) lahirnyaa seorang isteri solehah bergantung kepada cara dan didikan suaminya. setuju tak kalau lyiana cakap solehahnya seorang isteri bergantung kepada solehnya seorang suami. kannnn? =)








seorang calon suami yang soleh akan meminta kekuatan dan keyakinanya kepada Allah untuk 

  • terus bersama dengan bakal isterinya yang telah dipilih di Arash.
  • Mempelihara tingkah laku dan kata kata dari menyakiti perasaan isterinya. 
  • Memohon kepada Allah supaya diberi kesabaran untuk menghadapi segala karenah dan ragamnya isterinya.
  • Tidak lalai dalam tanggungjawabnya. 
  • Memohon supaya dibukakan hati untuk menghayati agama.
  • Berdoa supaya dirinya menjadi bakal imam mithali kepada isteri dan anak-anaknya. 


Lyiana tahu semua wanita mengimpikan kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat kan. InsyaAllah dengan usaha kita untuk berubah dan doa kepada yang esa serta keredhaan daripada ibu ayah, InsyaAllah ianya akan tercapai. amin... =)





# belum tiba masanya saya memberikan sepenuh hati dan cinta saya kepada manusia. tapi sudah tiba masanya saya beri sepenuh hati,cinta,kasih dan sayang saya kpd Allah. kerana cinta saya pasti dibalas olehNya.. =)






      wanita hiasan dunia =)